Reincarnation!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Uhuk uhuk, penuh habuk, eee, sawang labah labah.. geli. Ack, bersepah sepah aku punya blog ni, nak kemas, ambil masa sikit ni. Oh, hello fellow readers and bloggers, hawaya feeling? aku harap korang sihat sihat dan berhati merah jambu selalu. Alamak, baru nak lari dari soalan kenapa kau lama tak update blog, sampai bersarang dah blog kau ni. Well, no komen, haha -_-".

Tak lupa juga soalan merajuk korang, kenapa tetiba je nak update ni? mimpi siang ke? Hurmn, update salah, tak update pun salah, apa je lah korang ni. Aku bukan mimpi siang ke mimpi malam ke, mimpi ngeri ke, just nak start balik menulis dalam blog yang disayangi dan dikasihi ni. baru aku sedar yang blog ni salah satu cara nak mengingati peristiwa yang telah terjadi di atas diriku, halamak ayat dia, berbunga tajam bertangkai.



Diantara gaps entry paling baru dan paling lama dalam blog ni, banyak peristwa yang happening terjadi dan aku dah banyak terlupa sebab aku ni bukan jenis orang yang suka mengingat sangat, so aku ada azam baru sempena maal hijrah ni, aku nak start tulis blog balik, sekerap yang boleh, kalau aku sibuk memang maaf la yea, huhu.

Oh ye, salam maal hijrah.. :). Tetapkan cita cita baru sempena tahun hirah baru ni okey.

So, ini saja mukadimah dari aku untuk cita cita baru ni, aku harap cita cita ni tak menjadi khayalan semata mata, wish me luck okey?

Life Quote(?)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Setiap permulaan mesti ada pengakhiran,
Setiap pengakhiran mesti ada permulaan,

Setiap kegembiraan mesti ada kesedihan,
setiap kesedihan mesti ada kegembiraan,

hukum karma yang memang tak akan terlepas daripada manusia.

Tak pernah wujud perkataan 'peluang ke dua',
Tapi, ia hanyalah percubaan selepas kegagalan,
Kegagalan yang pastinya seorang manusia akan lakukan.

Dari setiap kegagalanlah manusia akan bangkit,
Dari setiap kegagalanlah manusia akan sedar,
Kerana manusia akan belajar dari kegagalan.

Pencipta ayam gorang KFC-pun menemui ramuan ayam goreng yang sempurna selepas 99 kali percubaan.
Tapi sedih, dia tak boleh nak makan ayam goreng kerana dapat banyak sangat penyakit,
Hanya boleh makan sayur, seumur hidup.

ARGHH, apa yang aku mengarut ni, tak ada kena mengena pu dengan apa yang aku nak tulis.
Okey la, saja je nak penuhkan post aku, dah lama sangat aku tak update blog ni.

Burn It Down by Linkin Park

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Well hello guys, korang sihat kah? Hurmn, aku tulis entri kali ni pun untuk bagi korang dengar lagu yang best, bagi aku la. Aku tak tau la lagu ni dah lama or baru, tapi aku selalu dengar lagu ni. This song was from my favourite band, Linkin Park, Burn It Down.


Dalam lagu ni dah ada lirik so korang tak payah nak skroll bawah nak baca lirik kan. Lastly, to me.. lagu ni memang best la.

The Lovely Days.. Or Not -_-

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Ada satu hari, aku tengah surf internet untuk cari apa apa yang best untuk masukkan dalam blog aku ni. Memang bersemangat aku nak cari dan suddenly handphone aku berbunyi, sekali mesej la dan aku rasa malass sangat nak tengok or reply mesej tu balik.

Buka phone dan tengok nama yang tertera 'my bucuk Najwa'. Oh god, kenapa kau mesej time aku tengah sibuk ni. Aku pun buka mesej tu dan ia berbunyi bergini.

Hai sayang, kamu buat apa tu?

Aduh, aku tengah sibuk ni, yang dia tiba tiba mesej aku kenapa? aku pun jawap balik.
Hai babe, tengah surf internet ni ha, bosan la.

Najwa reply.
Ohh, ye ke, best la awak, free je memanjang, kita ni kena shooting lagu lagi, belajar lagi, adui.

Aku.
Haha, dah sape suruh jadi penyanyi sangat, dah la baru form 5.

Dia.
Hishh, biar la, tau la dia tu dah habis sekolah. Kalau dia tu nak tolong tak apa la jugak.

Aku.
Haha, gurau je la, macam mana exam mid term baru baru ni, mesti senang kan?

Dia.
Hmmp, 'senang' sangat sangat, nak menangis rasa jawap hari tu. Lagi lagi sejarah tu.

Aku.
Haalah, sejarah senang je la, boleh je dapat A hari tu.

Dia.
Tu dia la, ni saya tau, saya.. hurmn.

Aku.
Hahahaha, ngajuk pulak dia ni, saje je lah.. Suka sangat ngajuk, tak pujuk karang.

Dia.
Biar la, hish, orang nak mesej dengan dia sebab rindu, dia buat orang makin benci ada lah.

Aku.
Ololololo, alaa, gurau je la, dia ni, nak gurau sikit pun tak boleh.

Dia.
Hmmmp, gurau la sampai lebam.

Aku.
Alaaa, sorry la, bukan selalu dapat mesej dengan awak. Selalu sibuk je.

Dia.
Umm. ye la.. Eh, okey la, saya nak pergi kelas kejap.

Aku.
Ohh, okey, take care of your self key. :)

Dia.
Okey, thanks :) tapi kan, kalau saya dengar awak flirt flirt dengan perempuan lain, siapp awak.

Aku.
Err, mana ada laa, awak sorang je la di hati saya.

Dia.
Okey. :D

Aku.
Hurmn...


Omaigod, dia macam boleh tau je, aku harap dia takkan tau. Kalau tak, perang dunia ke 3 akan berlaku. Dan aku harap dia and my other honey tak akan jumpa blog ni. Dan lagi sekali, Usaha pencarian untuk diisi dalam blog aku tergendala. -_-"

Little Stories 'bout Me

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hellow para gadis-gadis dan laki-laki yang suh-witt dan good looking sekalian. Anda semua sihatkah? Kalau tak sihat, who cares, just go to clinic or hospital or pharmacy to buy your medicine and whuss, you will get better, also plus with a little effort.

Well, dalam entri kali ni aku hanya nak membuat intro pasal diriku yang agak tak menarik ni, atas permintaan berberapa pihak yang nak sangat aku cerita pasal diri aku ni, entah apa yang menarik sangat pasal aku ni pun aku tak tau, tapi bila aku fikir fikir mungkin ini dapat mengeratkan hubungan aku dengan para pembaca dan para blogger, sebab relation-plus-ship amat penting bagi setiap blog dan akan panjangkan jangka hayat sesebuah blog tu, lagi lagi blog yang baru nak up macam blog aku ni.

Oh ohh, its me! its meee!

Hadoi, terpanjang la pula, tak apa la. Okey, mula dengan nama aku, err, nama aku tak la best sangat macam nama korang, jadi korang panggil la aku Armin or Syazmien, even kawan aku sendiri tak ingat sangat nama sebenar aku, *sedih gila.  Gambar profile aku memang kosong sebab muka aku terlalu la kacak. Okey, tak kacak tapi, boleh la, aku tak letak gambar aku sebab first impression pembaca memang terletak dekat muka si penulis blog, kalau tak kenapa perempuan yang super-hot-damn-cute tu boleh dapat sambutan ramai kan?

Pasal umur aku, korang boleh agak kalau korang baca entri aku yang lepas lepas ni. Oh, lagi satu, first impression pembaca juga terletak pada umur si penulis blog tu. So, aku tak letak umur aku secara sebarangan la, mungkin aku dah berumur 20 or 15 tahun. Aku juga dicintai oleh Ariel Tatum, Najwa Latif, dan banyak lagi, tak perlu la korang nak tau banyak banyak. hoho.

Aku terjerumus dalam kancah berblog adalah secara tak sengaja kerana sifat ingin tahu dan sifat mudah bosan, dan juga sebab aku baca blog kawan aku yang semestinya ada blog. kalau korang tengok blog archieve aku, usia blog ni hanya 2 bulan, so I'm still a newbies in this blogging world and I still have to learn more thing 'bout this.

Kriteria blog yang aku suka adalah blog yang selalu meng-update entri, blog yang simple dan tak banyak sangat 'barang hiasan' yang aku rasa tak perlu, blog awek yang perasan kiut, blog yang sarkastik tapi banyak info, blog yang tak guna 100% fully warna pink, blog orang yang feymes sangat. Aku hanya bloggers kampung yang agak berlagak bandar.

Hellow cutey little girl. ;)

Ops, stop stop stopp, haish, nasib baik aku tak bongkarkan lagi pasal diri aku, kalau tak, 'I can't see the future anymore', macam aku cakap, impression pembaca terletak pada penulis sesebuah blog tu, kalau aku bongkar lagi, mesti hayat blog aku ni tak tahan lama. Aku tak faham kenapa populariti blog tu based on face but not the quality or the blog tidyness, padahal penuh dengan info dan lebih menarik daripada tengok muka tuan blog yang perasan kiut tu.

Okey, ni saja perihal pasal aku yang aku mampu bongkarkan, semuanya sebab impression pembaca terhadap si penulis blog, *berapa kali ulang entah. Just cerita pasal si penulis blog 'The Ohsem Stories' kerana orang minta, kalau tak memang tak tulis langsung. 'Key, chiaww.