Masa Tiba Ke Kemuncaknya.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hellow cute ladies and gentle gentlemen yang nak sambung belajar tak lama lagi.

Dalam entri ini aku ada cerita yang aku tak dapat melanjutkan pelajaran ke matrikulasi kan. So, dalam entri kali ni aku nak buat sambungan sikit la.

Okey,
Masa baru tahu keputusan tu, aku macam “WTF WTF.. asal aku tak dapat lak, hey sial la jai” je. Serious depressed gila. Pffft, drama je semua tu, aku memang dah tau dari awal yang aku tak dapat masuk matrik punya lah. Pasal result subject chemistry aku dapat gred D dalam siijil sementara SPM tu, damn it.

Hurmn, aku ada dengar dekat sekolah hari tu,sistem pembelajaran zaman aku ni, kalau tak diterima masuk ke matrikulasi, form 6 pulak yang akan beri tawaran. Dan perkara sebaliknya berlaku kalau dapat tawaran matrik.

Lepas baca entri The Other Khairul yang ni,aku boleh la rasa tenang, relax sikit, dan dari situ aku tau sedikit pasal pelajaran taraf A-Lavel seperti Form 6, Diploma dan ect.

Kalau aku tak baca artikel tu, comfirm aku ambil parang panjang jiran aku, pastu lari tetak satu kampong, dan darah diorang aku buat mandi berbagai, hahahahaha. Erk, gila apa sampai gitu, eh tak la, aku mana berani nak buat semua tu, sumpah, Im a good child, pijak gajah tak mati you…

So, apa yang aku buat sekarang ni, tunggu keputusan UPU keluar dulu dan nanti aku decide untuk pilih antara Diploma atau Form 6 to further my study, sebab tak dapat matrik kan.

Hurmn, cakap pasal Matrik, kawan kelas aku banyak jugak yang dapat. Memang aku envy la dengan korang. Tapi kan, ada jugak la kawan aku ni, result dia gempak dan banyak A pulak tu, tapi tak dapat masuk ke matrik. Rupanya subjek sains kena okey jugak, baru la boleh masuk.

Ouhh, untuk semua yang tak dapat tu, korang jangan la kecewa sangat sampai nak bunuh diri, walaupun kena hentam habis-habisan oleh ibu bapa, masyarakat dan negara, buat biasa je. Form 6 dengan Dploma okey apa. Korang tau, pelajar Form 6 akan masuk Universiti lebih awal dari pelajar matrik. YA, LEBIH AWAL.

Well, jangan la kita dengar kata orang sangat, ‘weh, fom 6 x bezz la’, ‘weh, diploma lame sangat do nak study’, ‘weh, susah gile fom 6 tu’. Hurmn, memang la belajar tu tak best, lama dan susah, kalau tak susah tak la namanya ‘belajar’ key. Okey, teremo pulak, sory, sory.

"Pelajaran selepas SPM adalah fresh start untuk belajar ke tahap tinggi,
Dekat sini, terhapus gelaran bijak masa belajar di sekolah kerana di pembelajaran A-lavel, 
semua sama sahaja."

Tapi persepsi ibubapa sekarang ni beranggapan pelajaran A-lavel yang lain ni seperti urmnn, memalukan mungkin, sampai ada dengar " mak nak ko masuk matrik gak, mak taknak ko masuk form6, HUH'. It was kind of pressure to us you know.

Ia di atas tangan kita untuk tentukan masa depan kita sendiri kan?

Release Tension

Assalamualaikum dan salam sejahtera.




cinta dengarkanlah ku ingin mendengar suaramu
nyanyikan lagu-laguku bila kau rindukan aku
cinta relakanlah akhiri cerita tentang kita
ku tahu berat bagimu untuk melupakan aku

ku minta kepadamu jangan keluar malam ini
karena ku tak akan menemuimu
ku minta kepadamu jangan keluar malam ini

sesungguhnya kasih sayangku tiada batas
namun secepatnya engkau harus ku lepas
selagi engkau berdiri dan kau bernafas
lekaslah pergi agar engkau pun terbebas

sesungguhnya engkaulah makhluk yang ku sayang
tetapi cinta kita ini cinta terlarang
ku harapkan agar engkau cepat menghilang
dan jangan lagi kau datang

cinta relakanlah akhiri cerita tentang kita
ku tahu berat bagimu untuk melupakan aku

 ku minta kepadamu jangan keluar malam ini
karena ku tak akan menemuimu
ku minta kepadamu jangan keluar malam ini

sesungguhnya kasih sayangku tiada batas
namun secepatnya engkau harus ku lepas
selagi engkau berdiri dan kau bernafas
lekaslah pergi agar engkau pun terbebas

sesungguhnya engkaulah makhluk yang ku sayang
tetapi cinta kita ini cinta terlarang
ku harapkan agar engkau cepat menghilang
dan jangan lagi kau datang

sesungguhnya engkaulah makhluk yang ku sayang
tetapi cinta kita ini cinta terlarang
ku harapkan agar engkau cepat menghilang
dan jangan lagi kau datang


aku saja je post entry macam ni, ni antara lagu yang aku suka. buat masa ni la..okey, korang layan je lah ek... :)

Gathering With Friends!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hi pembaca yang selalu gembira, aku harap korang gembira selalu.

Hurmn, sebelum aku masuk point penting entri ni, aku ada soalan untuk korang, pernah tak korang rasa sedih dan gembira pada waktu yang sama? Mesti pernahkan, sebab aku pun pernah rasa perasaan ni pada 25/4 2012.

Well, pada tarikh keramat tu, keluar keputusan kemasukan ke matrikulasi bagi lepasan SPM tahun 2011. Yang sedihnya, aku tak dapat nak lanjutkan pelajaran aku ke matrikulasi, damn. Tapi tak kisah la, banyak lagi cara lain kan?

Dalam tarikh yang sama jugak, aku pergi kuantan dengan kawan kelas aku masa form 5, ada la jugak dari kelas lain. Event pergi kuantan ni dah rancang masa awal bulan 4 hari tu dan ketua perancang ialah kawan kelas aku dulu, Nadiera dan Opie. Opie, abang bangga dengan kau, okey gurau je, marah pulak si K Hafez tu karang.Yang tak dapat join tu memang rugi la(jangan terasa ya)

Kami pergi dengan bas Jengka Liner dari Bandar Jengka(BJ), pukul 8. Yang pergi dari BJ masa tu aku, Rahim, Fatah, Raini, Nabila dan Fatin. Khairul dengan Kemal naik kat Jengka 2. Jiha, Yanie dan adik dia naik kat Jengka 3. Syikin naik dekat Simpang Jengka. memang bising la masa pergi tu, kesian dekat penumpang lain.

Kami sampai Kuantan pukul 10.30 pagi, terus jalan pergi East Coast Mall(ECM). Jalan kaki pergi ECM tu 15 minit je, ‘dekat’ giler kan. Sampai suda ECM, kitorang pun masuk kejap, jumpa dengan adeq Opie dengan Nazy, pastu keluar balik, pergi sarapan kat kedai mamak. Serious, muka aku pucat sebelum makan masa tu, aku mana sarapan pun dekat rumah masa tu. Lepas makan tu baru la lega sikit.

Lepas sarapan, masuk ECM balik, pergi level 3 untuk tengok wayang. Masa tu jumpa Nadiera, Faiz, Zatul, Kandar, n’ Haikal, memang happening la masa tu. Kami semua tengok cerita Battleship, giler cool cerita dia, rugi kalau tak tengok, teknik CGI yang hampir sama dengan cerita Avatar. ohh, lagi satu, awek lama aku, Rihanna, ada berlakon dalam cerita tu. Lagi sekali, memang rugi kalau tak tengok.

Ganas kan Rihanna... tapi cute apa


Habis je tengok wayang, kami pun berpecah entah kemana, dan ada yang memilih untuk bersama kekasih diorang, awek aku tak ikut pulak. wait, bukan aku dah dump Rihanna ke? (okey, part ni aku tak sedih pun). Aku pun jalan dengan kawan aku, meronda satu ECM. Kalau diikutkan, rancang nak main bowling, tapi jauh pulak, kat Megamall la. Masa ni, Syahmi, Wan, dan Nadzren muncul. Amboi, ponteng kelas nampak, report lecturer korang nanti baru tau.

Part last, part yang aku paling benci sekali, iaitu balik. Part yang memaksa aku untuk berpisah dengan kawan aku. Dan terpaksa berjalan lagi 15 minit untuk balik ke  bus station. Memang kaki aku ni selalu jalan jejauh. Kalau bus station tu tepi ECM kan bagus. Kan? Kan? Kan?. Okey, dah naik bas dah, dan bas berangkat(?) pulang.

Memang hebat la reunion kali ni, serba sedikit aku boleh ubat kekecewaan tak diterima sambung belajar ke matrikulasi. Aku memang berterima kasih la kat korang semua. Kalau ada event lagi nanti inform, inbox, chat, tweet, ym la kat aku, InsyaAllah aku akan join.

Errrr, kita akan buat lagi kan? anyone?

Najwa Latif!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)



Hi semua peminat orang yang ada dalam gambar tue, korang sihat tak? Mesti korang semua terlampau kenal dengan dia nie kan, tapi aku nak juga bagitahu biodata dia.

Okey,
Nama dia Najwa Latif, umur dia 17 tahun, muda setahun je kot dari aku, antara vloger yang terkenal dalam youtube kerana lagu yang dinyanyikan sendiri.

Seriously.. aku pernah tak suka dekat dia dulu, dulu la. Sebab lagu dia yang tajuk "cinta mukabuku" tue, memang buat aku annoy, annoying sangat-sangat, bagi aku la.
Basicly.. lagu tue terlampau biasa, tone pun lebih kurang je, tapi dekat youtube, viewer dia lepas beratus ribu gak, errr.. no komen la.

Tapikan, makin best pulak lagu dia. Macam lagu "carta hati", "untuk dia", "kosong". 
Tapi ada 1 lagu dia yang aku paling suka, "sahabat" Najwa Latif feat dengan Syam Kamarul dengan Sleeq.

Aku suka pun bukan apa, sebab sahabat/kawan sangat bermakna bagi aku, sebab dia orang mengajar aku untuk berdikari, meniru kerja sekolah, pinjam buku teks. Okey gurau....
Tak kiralah kawan dekat luar ke, dalam facebook ke, kau orang memang sangat bermakna bagi aku.


Friends, you means a lot to me :')
  
Well Najwa, terima kasih sebab buat/nyanyi lagu "sahabat", memang aku suka lah lagu ni, by the way, suara kau sedap la, unik sesangat key. Maybe.. I'm in love with her, hurmnn. Erk, lupakan je la.


Untuk semua kawan aku :)

Untuk Najwa Latif, terus buat lagu yang best-best ya.
Untuk peminat, teruskan sokong dia ni.

Dia ni comel kan? kan? kan?

Mukabuku, Bukumuka? -_-

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog ni:)

Well,aku tulis entri nie pada 3.30 pagi sementara nak tunggu subuh, kalau tido ni, alamatnya tak sedar la nanti.
Hurmn, selepas aku behenti kerja hari tu, aku banyak habiskan masa dekat rumah dengan menanam anggur.
Bila entah nak berbuah, aku dah lama tunggu ni.

Soo, aku pun penuhkan masa aku dengan online internet 25 jam sehari, dan ajaibnya aku hidup lagi.
Hey hey, saya pun tolong mak ayah saya la, saya bukannya malas sangat okeyy.
Hump, sambung lagi....
Dari sini?, situ?, entah? aku memulakan kerjaya aku sebagai pelayar tegar facebook atau nama timangannya, mukabuku.

 okey, sumpah seram.. bukan mukabuku nie la, fail-fail

Satu je nak kata, facebook memang best, macam-macam benda ada, manusia memang ramai, binatang comfirm tak ada, lain la kalau main farmville.
Kekasih biar satu, kawan biar seribu kan, farmville aku tak main, aku memang suka berkawan dan suka kenal hati budi orang.

Dekat sini jugak kita boleh dapat maklumat dengan lebih pantas, dunia dah moden kan, dan dari sini lah jugak aku mula berblog, kalau tak, korang tak baca entri aku sekarang.
Makin lama aku makin addict kat facebook ni. sebab 'kau' aku kena marah.

nie ketagihan melampau, bukan aku ek, haha
Kalau dah online facebook, makan, tidur, mandi pun tak lepas lappy, Mark Zuckerberg nie main bomoh nie.(persepsi orang melayu)
Aku memang suka baca status kawan-kawan aku, ada yang buat aku gelak, ada gak yang buat aku annoy dan ada paksa aku buat poker face.

Tak tahan kalau status tulis macam budak darjah 3, padahal lagi tua dari aku, tapi biarlah, asal dia gembira dan aku pun gembira.
facebook memang banyak manfaat kalau kita guna dengan betul dan dosa/pahala senang je dapat melalui facebook.

Aku saje je tulis pasal facebook ni, promote tak berduit, dan, tak perlu aku cerita pun, 99.99% yang tengah baca entri aku ni dah ada akaun facebook kan, I know la, coz I'm the genius one.

Ouh, azan subuh dah berkumandang, aku tutup entri kali ni yea...
Okey, akhir kata dari aku, assalamualaikum dan salam sejahtera:)

Rokok? hurmn...-_-

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian:)

Dalam entri kali nie aku nak sentuh/pegang/rasa pasal rokok.

Kalau cakap pasal rokok, mesti korang akan terbayang satu helai kertas yang membaluti tembakau,
well yea, tu la apa yang aku cerita sekarang nie, okey gurau..

Gambaran pertama yang korang bayangkan mesti lelaki yang hisap rokok kan.
hurmn, asyik lelaki je kena, macam tak ada je perempuan hisap rokok. dengkiii.

dunhill beb. mahal kot 10 ringgit nie

Dekat malaysia, rokok dikira sebagai barang mewah, mana taknya, dari 8.50 ringgit sampai 1x ringgit kot, mahal gila. kalau orang mampu beli tue memang kayalah, income bapak dia lebih 2k sebulan

Tapi janganlah kaya untuk beli rokok tapi miskin untuk sedekahkan kepada fakir miskin dan masjid.
Okey sumpah aku terasa, sebab dulu pun aku beli rokok, hurmn.


nama dia abu, hisap rokok dari umur 1 tahun lagi:)

Pergh.. beruk pun dah tahu hisap rokok sekarang, tak mudah...
kesian la tuan dia kena bekalkan rokok selalu.. haha

Tapikan.. dari dulu lagi aku tertanya-tanya, apa yang bestnya rokok nie.. walaupun aku sendiri pun hisap..

Soalan tue masih tak ada jawapan sampai sekarang..
Jadi, aku tanya la rakan-rakan aku, antara jawapannya.. "nak release tension","biar otak pening, masalah boleh lupa kejap", tapi masalah tak hilang juga kan?

Salah satu cara nak lepaskan stress..

tapi apa kena-mengena dengan budak nie....

 ehem, adik ada masalah ke..?mak tak beli mainan..?

Aku ada tanya budak bawah aku.. "kenapa beli rokok mahal, rokok murah bukan main banyak lagi kan?". diorang cakap, "rokok murah bahaya la bang, lagi banyak kandungan kimia kat dalam tue"
Well adik, mana-mana rokok pun bahayalah, bull** kalau tak bahaya.

Bagi certain2 orang, tah boleh dah nak berhenti, sebab badan dia perlukan nikotin untuk membuat badan dia segar balik. Ofcourse la sebab dia dah lama sangat hisap rokok.

Ayah aku masa sama umur dengan aku lagi dah hisap rokok, tahun 196x. Dan tahun 2004 berhenti merokok, demam seminggu tu, harga rokok start naik masa 2004 kan?

Well, kalau korang nak teruskan rutin merokok korang, teruskan sebab tu hak korang.
Assalamualaikum dan salam sejahtera:)

auto-correct fail!!!!!

Assalamualaiku dan salam sejahtera kepada semua pembaca:)

hari ni aku saje je nak post pasal penggunaan IPhone.
Tak kisah la Iphone 4 ke 3 ke,mesti diprogramkan dengan auto-correct kan?

fuyoo..bezz gile kalo dapat pakai nie:D
Memang best kalau dapat pakai ni. okey, aku jelous dengan orang yang pakai IPhone.
Satu malam, aku ada terbaca artikel kat internet, IPhone dibekalkan dengan program auto-correct yang, errrr.. lawak kot,entah la.

Dan dia ada mention satu ayat ni. "autocorrect fail"

Hati ingin tahu membuatkan aku berminat dengan ayat tu.
Aku pun pergi kat google image dan taip "autocorrect-fail".
Lawak gila doe aku baca mesej mangsa autocorrect IPhone nie, memang terjadi, bukan edit ya.

aku tengok memula dia tulis okey jer, tiba-tiba jadi ayat yang uhh emmm, macam mana entah diorang program auto-correct tue. kesian orang lain.

haha,,,mangsa pertama...
 kesian cucu dia nie,,,haha
erk..sory..kasar sikit..o_O"
 
Nie antara mesej yang di auto-correct yang fail oleh IPhone, ade banyak lagi, kalau korang nak tengok lagi,
ikut step ini:
  1. pergi ke google
  2. klik dekat google image
  3. taip autocorrect fail
  4. korang gelak la puas-puas
Memang best la kalau korang baca, pastikan korang baca tengah malam, confirm kena sound.
Walaupun IPhone ni dibekalkan dengan program yang err umm, aku tetap nak beli IPhone.

Oh ya, kalau aku dah pakai IPhone nanti, kalau aku ada hantar mesej yang pelik2 tu,,bukan salah aku la ek, saya budak baik taw.

Okey la, ni je la entri untuk sekarang ni, harap korang enjoy.
Oh ya, bagi yang nak beli IPhone tue beli je la, jangan sebab baca entri ni korang takut nak beli.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua:)

sejarah pekerjaan pertama:)

Asslamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua..
harap korang sihat dengan hati merah jambu(?)..haha...

aku tulis blog nie dalam pukul 4.10 pagi dengan ditemani hujan beserta guruh yang agak menakutkan..
Ya Allah..dah la aku tido sorang2 jer dalam bilik nie.....hiiiiii
lagi lagi tambah dengan kilat yang memancar macam flash kamera..wow...
kalah canon aeos ke hape tah...haha merepek sekejap...
nak tenangkan hati...takut sesangat..macam budak-budak jer ko nie..haha

aku sebenarnya nak cerita pasal pengalaman pertama kali bekerja dulu....ye la...aku baru je lepas ambik exam SPM tahun 2011..nak tahulah jugak macam mana kerja...duduk rumah bosan..tak tahu nak buat ape..lalu aku pergi membawa diri yang malas ini merantau ke tempat orang...hahaha..ayat berbunga boh...

aku dapat panggilan dari kawan aku ajak aku kerja dekat jerantut...aku dengan penat baru balik dari mancing tambah frust tak dapat ikan mintak aku datang esok...hiiii...aku dengan malas pun cakap la esok aku datang...

mase tue aku ingat lagi 10 haribulan 1...aku macam biasalah tidur lewat.. bangun pun lewat..pukul 9 sedar...phone banyak misscall dari kawan aku...aku pun mamai lagi..otak loading tak sampai 20% pun..aku mandi ngan tergesa-gesa siap semua...terus pergi jerantut....tak makan..lapar gila...memang bahaya lah mase tue..mase tengah bawak motor....otak pun baru 50% loading...nak mampus...haha

masa aku bawa motor..poket vibrate...tahu dah tue kawan aku telifon...lantak kau lah nak vibrate banyak mane...aku tak kesah...hahaha....

masa mula-mula aku sampai dekat jerantut...aku sesat pergi tunas manja...dah la hujan renyai-renyai...pagi pulak tue...mula lah aku telifon kawan aku..dia cakap aku da terlajak sikit....ah kacau..aku pun pegi la kat tempat tue..tengok kedai tue kafe kopitiam...taraf lima bintang gak la..makanan mahal gila...

night view tempat kerja aku:)

memang aku dah set,aku nak datang tengok jer...kawan aku ajak aku kerja kat situ...memang aku malas la nak kerja hari tue...tapi kesian pulak kat kawan aku nie...ahh...aku cuma nak tolong sekejap jer...petang nie aku balik...aku pun kerja la sekejap dekat situ...menu macam-macam....aku pun pening daa.....

lama-lama aku pun sangkut dekat situ dan kerja terus....okey..kerja 12 jam....RM 2.50 sejam...kerja sempoi je...costemer tak la banyak sangat...ada time-time time dia penuh...penuh pun kalau orang baru dapat gaji...semua eksyen kaya datang kedai nie...geram aku....

banyak jugak orang terkemuka datang sini...dato dato la....artis la...fuhh,hebat giler,haha...kat sinilah jugak aku belajar berdikari sikit....dan aku mula berkawan....orang dekat sini semua peramah dan mesra..best-best...

tapi...hari demi hari...pekerja lama dekat kedai aku tue banyak berenti...banyak orang baru..orang lame yang tinggal aku dengan kawan aku la..lagi sorang tukang buat air..fedap aku...tambah pulak tokey kedai tue upah incharge yang tah pape tah...lagi tambah fedap....serabut jer...

aku kerja dekat sini 2 bulan je..malas la nak lama-lama sangat...suasana dekat situ dah banyak berubah sejak aku mula kerja lagi...dari seronok jadi tak seronok...

tapikan..memang best la kan..dapat duit hasil titik peluh sendiri...aku simpan sampai sekarang nie..
makin hari makin habis pulak...adoyai...

haha...nie la pengalaman pertama kerja aku..
kalau nak ikutkan,,,8 entri baru habis nie...tapi malas la aku ank menaip banyak sangat..haha

you all know how man work,right..sempoi dan padat..haha
okey harap korang enjoy baca.

Assalamualaikum,salam sejahtera:)

the continued of 5 Alpha princess

Assalamualikum dan salam sejahtera kepada para bloggers..
ya,aku nak sambung balik entri lepas pasal pelajar kelas aku tahun lepas
hope y'all enjoy it

okey la,

Ruganya
anak cikgu yang ajar aku subjek BI masa form 4,sentiasa serius..kadang-kadang aku tak berani dengan dia..selalu jadi pesaing opie dalam pelajaran..satu-satunya pelajar india dalam kelas aku dan batch sains tulen..dia akan buat sesuatu tue sampai dia dapat..semangat kau memang tinggi la..

Nabilah Abd Rahman
memiliki muka yang ceria dan penuh senyuman..dalam 1 tahun tue,memang jaraang nampak dia tarik muka..pendiam giler..aku pun naik segan dengan dia nie..memang kuat berusaha dan dia mampu capai apa yang dia nak..sepanjang aku kenal dia,orang panggil dia akak..the reason..aku pun tak tahu la..


Elyanie Balqis
hurmn...aku jarang tegur dengan dia,aku pun x tahu kenapa aku x rapat sangat dengan dia..haha
dari jauh aku tengok dia okey je kot,,dalam belajar okey,sukan pun okey gak kot..tapi kan..walaupun dia nie selalu skip kelas tambahan,tapi subjek dia okey je..mungkin sama macam hanis kot..

Najihah
satu geng dengan Yanie..memang bestfriend..satu jengka tue..pendiam dalam kelas..so aku pun x kenal sangat la..tapi kalo dia cakap..memang best..suara dia ade satu jer dalam dunia..unik kot...haha

Nurfadilah
antara pelajar yang paling ceria dalam kelas..memang akan dengar la suara dia dalam kelas..merupakan anak ustazah jadi mestilah baik dan sopan kan..kalau berborak dengan dia rasanya tak sia-sia..memang best dia nie...lagi-lagi cara dia cakap ada iras jawa sikit..memang best...

Aini Norain
hoo...antara kawan paling baik sekali dalam kelas..si amir selalu mintak copy kerja sekolah dekat dia..
memang baik la...tapi aku dengar dia fanatik dengan pink...ye ke...ah biarkan...siapalah aku nak menduga lautan luas..erk merepek pulak aku..hahaha..sentiasa dengan senyuman terukir..dan suka cakap aku dating dengan Aina..hihihi...segan boh...kami kawan je kot...haha...gurau

Aina Nuraliah
rasanya dia la paling kamcing dengan aku sekali dalam kelas,untuk girls student la..aku suka perwatakan dia..macam da serasi dengan aku...suka cari gaduh dengan dia bab aku suka time dia marah...hahaha..macam mane la dia sekarang ek...erk...gurau jer lahhhh....hihihi


Zainab Che Hamad
okey...seriously,aku suka kalau dia buat lawak...lawak dia bukan buat-buat..tapi memang dah semula jadi..sentiasa ceria dalam kelas..kalau dia dengan nazirah..pergh..memang bising kelas nie..haha

Nadia Nadiera
muka macam amoi cina...suka suara kau..memang dah tak ada orang lain da...limited kot...haha
hebat la dia nie...boleh tahan dengan raja gila-gila kelas kami,faiz..hahaha....tup-tup dengar dah couple..wow...lagi aku respek kat kau yaa...

Nurul Ain
antara girl studd paling baik dengan aku masa form 4..memang seorang yang ceria..tapi aku rasa dia nie penuh dengan misteri walaupun aku kawan rapat dengan dia..mungkin perasaan je kot..aku pun tak tahu la..

Nabilla hanim
antara kawan baik opie dalam kelas....hurmn.....memang tak suka kalau orang masuk campur urusan dia..antara girl studd yang aku tak berani nak dekat..haha... aku pun tak athu kenapa

Nurul Hidayah
sorang yang pendiam dalam kelas...aku rasa penuh misteri rasenye..tapi baru tahun lepas aku tahu yang dia adik cikgu laki yang ajar aku MATH masa form 2..lupa dah nama cikgu tue..terima kasih dekat abang dia..aku dapat A dalam MATH masa PMR dulu...:)

Asyikin
masa aku form 4 selalu datang kat kelas aku...jumpa sape entah...aku dah lupe la...kecik kiut jer dia nie..haha....asal dari sabah...patut la aku dengar dia cakap macam pelik je memula...suka sangat dia panggil aku kumin-kumin..haha

Ainur Marsyitah
seorang yang lemah lembut....macam ustazah dalam kelas..kalau macam down ke stress ke juumpa dia..dia macam doktor psichology la...tapi aku tak pernah pun cari dia kalau ada masalah..haha
antara kawan opie gak...

Amilin Sofia
hurmn....susah sikit aku nak describe dia nie...sebab macam penuh misteri je bagi aku...entah la..
tapi bijak jugak dalam kelas...

okey...tue la antara girl studd dalam kelas aku masa form 5 dulu..
memang banyak gila kenangan aku kat kelas nie..
berat hati aku nak tinggal kelas nie mase hari last tue..
gambar kenangan tak ada pulak..kacau line betul...haha
okey..harap korang enjoy bacca ea...Assalamualaikum:)

 

the 5 Alpha princess

Dalam entri lepas aku cerita pasal budak-budak lelaki dalam kelas aku kan..
sekarang nie aku nak cerita pulak tentang pelajar perempuan dalam kelas kami..jap yea..aku pun dah lupa semua ada berapa orang...hurmn..20 ke 21 orang entah..pak cik dah tua la.banyak lupe..hihihihi
setiap orang dalam kelas kami memang ada semua jenis personaliti..
memang aku suka korang la luv u allz...hihihihi
okey kita kenali sorang-sorang student perempuan 5 Alpha nie ek..

first of all

Nurul Laili Sofea
best student dalam batch form 5 sekolah kami..semua subjek dia kuasai...honestly, aku dengki dengan kau...hiii...tapi dalam kelas macam dia seorang je yang tahu tentang kewujudan aku..ayat pasrah la pulak..haha...gurau...dia memang perfect la..belajar ngan ibadah...memang kental la hati dia..ada sekali aku dengar dia tak tido 1 malam...wow...dasyat giler.....sebab dia lah aku ada kesedaran untuk rajin belajar...kebanyakkan dia la yang ajar aku dalam subjek kimia...thanks a lot opie...:)

nurraini
basicly..aku membesar sekali dengan dia..depan rumah je kot..dari aku lahir lagi x lepas dengan dia..
tere dalam semua subjek jugak..jenis work hard jugak la...selalu gak bagi nasihat kat aku masa aku nakal-nakal dulu...hihihi....memang same macam kembar tak seiras die ety...kuat belajar..banyak jugak ajar aku dulu...thanks rain..:)

Fatin Izati
kenal dari darjah satu lagi..seorang yang lemah-lembut dan bijak..sama seperti rain..perangai lebih kurang sama je..hahaha...dulu dia ajar aku biologi..memang kelas la kau ajar..daripada dia ajar aku la..aku dapat keputusan biologi yang agak memuaskan...lagi satu...memang kau hebat la boleh layan kerenah aku masa ajar aku...best girl wins...hahaha..thanks fatin....:)

Nursuriaty
rozita che wan dalam kelas...comel gak dia nie...kalo first time jumpa memang jatuh cinta...hihihi..
sama seperti fatin dengan rain..kenal dia nie dari sekolah kebangsaan lagi...dia nie diam-diam ubi berisi..masa belajar biasa je..tapi ambik result dapat 5A kod...terkejut aku...basicly dia memang pendiam....

Izzatul Huda
ceria...rasa suara dia antara yang paling kuat....selalu mintak aku lukis untuk dia...haha..ade geng sendiri name  fucia(?)..rase tere dalam BIO..dan 2 lagi subjek sains..macam diva kat dalam kelas aku..tapi best layan dia..hihihi..top jugak la dalam blog dan fb..so envy her...hahaha

Nor Nazirah
perangai gila-gila dalam kelas..tapi bijak gile...suke cari pasal dengan aku...tak tau la kenapa...suka masa dia bagi presentation..macam menari ada jugak...haha...tak boleh lupa masa kau bagi presentation..happening kot...rasanya dia ada ajar MATH jugak..thanks la nazy..:)

okey..setakat nie je kau beritahu...ada 15 lagi...aku akan cerita dalam entry akan datang..tunggu je yea...:)
okey...Assalamualaikum:)

putera 5 Alpha

hoo...bila tengok gambar masa sekolah dulu teringat pulak kat kawan-kawan aku masa form 5..
memang happening la form 5 Alpha tahun 2011..
memang banyak yang kami lalui bersama selama setahun tu
masa awal tahun aku duduk kelas kedua..pastu satu kelas tutup,aku masuk kelas pertama..memang best la rasa...semua dalam kelas ni memang best dan macam-macam jenis..memang satu je dalam dunia...tak ada limited edition
memang adat la kelas pertama..kena struggle sikit dalam pelajaran..
hurmn...merapu pulak aku..heheh..
jadi aku nak cerita la sikit perwatakkan pelajar dalam kelas aku nie..
key...kita mula dengan lelaki dulu..

Iskandar
hurmn..ketua kelas dalam kelas aku..dia nie memang suka buat lawak spontan..antara semua lelaki dia paling kuat study...masa prep dia paling awal turun dan paling akhir naik..hurmn..dia memang suka berusaha..tere dalam MATH dengan PAI..tapi pelajaran dia seimbang dengan sukan...dia nie aktif bola..
wakil sekolah ke daerah masa tue

Khairul Hafez
sesangat la peramah dan lelaki paling ceria sekali dalam kelas..dan suka sangat cakap dengan perempuan.
tere dalam BM dan BI..kalau ayat BM dia memang berbungalah..patut la awek ramai dulu..hihihi...semua cikgu percaya kat dia bab dia nie tegas la gak....macam-macam jawatan dia sandang,markah koko dia nie memang banyak..ketua pengawas tue..

Faiz Firdauz
paling gila sekali dalam kelas aku...muka x serupa dengan tingkah laku dia..lagi-lagi kalau duduk dengan anip...giler ahh...duo paling gile sekali..tapi dia nie baik..pentingkan kawan gak la..gila-gila dia nie..bijak gak..tapi da lupa subjek ape dia suka..sempoi gak dia nie..cikgu pun dia buat cam kawan biasa je...

Abdul Rahim
hurmn..dah lame kenal dia nie...dari kecik lagi..sampai form 5 nie...dia perangai ikut orang..kalo orang tue gila,dia pon gila la...paling muda sekali dalam kelas,bab dia sorang je lahir tahun 95,dia nie memang bijak bab tue boleh lompat form..dia memang bijak dalam KIMIA...lagi ada awek cun..  hey sial la jai
haha gurau....

Amir Hakim
memang bestfrenzz aku la dalam kelas...dia memang bijak MATH dengan ADDMATH..aku selalu la bersaing dengan dia dalam 2 subjek nie...dia tak suka kalau orang kacau dia masa dia concentrate subjek yang dia belajar..aku selalu jugak gaduh dengan dia..tapi mulut dia memang pedas..memang tak boleh kalo dia sindir..bengang je rasa...haha

Syahmi
cute gile sorang nie..tapi suara..Ya Allah,hihihi....awal tahun nie biasa je..tapi masa percubaan dia no 2 lelaki dalam kelas..dia memang suka buat orang marah..geram aku dengan dia nie...tere dalam BIOLOGI bab ayah dia pensyarah..tapi best la lepak ngan dia nie...

Hanis
lelaki paling bijak sekali dalam kelas...dia nie muka ganas..hati ada taman...dalam 5 subjek teras semua dia kuasai...jelezz gila ngan dia nie..dalam kelas memang kuat tidur...tapi ape yang cikgu ajar masuk plak...pelik betul..perangai memang gila-gila...memang banyak la orang kena kutuk dengan dia..

Akmal Ashraf
paling cool sekali dalam kelas aku...walaupun banyak benda kami buat dekat dia,dia senyap dan diam je
kena cop gila kuasa berbagai..hahahaha..jahat betul...tere dalam PA dan PAI rasanya..memang suka jalan mendada dan kasar jugak la kalau bercakap..

Shafik
bestfrenzz aku dekat asrama...perangai gila-gila sampai ade yang sakit hati ngan dia..salah seorang yang menghidupkan kelas...macam khairul hafiz..dia suka libatkan diri dalam aktiviti koko..memang suka buat lawak la dia nie...aku suka dia gelak..hahaha..tak boleh lupa...tere dalam ADDMATH dan KIMIA..aku pun ade gak belajar kimia dari dia..

okey..nie la pelajar lelaki dalam kelas 5 Alpha 2011,semua 10 orang termasuk aku..nanti aku cerita pasal pelajar perempuan...kalo aku rajin la...hahaha..okey..Assalamualaikum:)