Masa Tiba Ke Kemuncaknya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hellow cute ladies and gentle gentlemen yang nak sambung belajar tak lama lagi.
Dalam entri ini aku ada cerita yang aku tak dapat
melanjutkan pelajaran ke matrikulasi kan. So, dalam entri kali ni aku nak buat sambungan sikit la.
Okey,
Masa baru tahu keputusan tu, aku
macam “WTF WTF.. asal aku tak dapat lak, hey sial la jai” je. Serious depressed
gila. Pffft, drama je semua tu, aku memang dah tau dari awal yang aku tak dapat
masuk matrik punya lah. Pasal result subject chemistry aku dapat gred D dalam siijil sementara SPM tu, damn it.
Hurmn, aku ada dengar dekat sekolah hari tu,sistem pembelajaran zaman aku ni, kalau tak diterima masuk ke
matrikulasi, form 6 pulak yang akan beri tawaran. Dan perkara sebaliknya berlaku kalau dapat tawaran matrik.
Lepas baca entri The Other Khairul yang ni,aku boleh la rasa tenang, relax sikit, dan dari situ aku tau sedikit pasal pelajaran taraf A-Lavel seperti Form 6, Diploma dan ect.
Lepas baca entri The Other Khairul yang ni,aku boleh la rasa tenang, relax sikit, dan dari situ aku tau sedikit pasal pelajaran taraf A-Lavel seperti Form 6, Diploma dan ect.
Kalau aku tak baca artikel tu, comfirm aku ambil parang
panjang jiran aku, pastu lari tetak satu kampong, dan darah diorang aku buat mandi berbagai, hahahahaha. Erk, gila
apa sampai gitu, eh tak la, aku mana berani nak buat semua tu, sumpah, Im a good child, pijak gajah tak mati you…
So, apa yang aku buat sekarang ni, tunggu keputusan UPU keluar dulu dan
nanti aku decide untuk pilih antara Diploma atau Form 6 to further my study, sebab tak dapat matrik kan.
Hurmn, cakap pasal Matrik, kawan kelas aku banyak jugak yang
dapat. Memang aku envy la dengan korang. Tapi kan, ada jugak la kawan aku ni,
result dia gempak dan banyak A pulak tu, tapi tak dapat masuk ke matrik. Rupanya subjek sains
kena okey jugak, baru la boleh masuk.
Ouhh, untuk semua yang tak dapat tu, korang jangan la kecewa
sangat sampai nak bunuh diri, walaupun kena hentam habis-habisan oleh ibu bapa,
masyarakat dan negara, buat biasa je. Form 6 dengan Dploma okey apa. Korang tau, pelajar
Form 6 akan masuk Universiti lebih awal dari pelajar matrik. YA, LEBIH AWAL.
Well, jangan la kita dengar kata orang sangat, ‘weh, fom 6 x
bezz la’, ‘weh, diploma lame sangat do nak study’, ‘weh, susah gile fom 6 tu’.
Hurmn, memang la belajar tu tak best, lama dan susah, kalau tak susah tak la
namanya ‘belajar’ key. Okey, teremo pulak, sory, sory.
"Pelajaran selepas SPM adalah fresh start untuk belajar ke tahap tinggi,
Dekat sini, terhapus gelaran bijak masa belajar di sekolah kerana di pembelajaran A-lavel,
semua
sama sahaja."
Tapi persepsi ibubapa sekarang ni beranggapan pelajaran A-lavel yang lain ni seperti urmnn, memalukan mungkin, sampai ada dengar " mak nak ko masuk matrik gak, mak taknak ko masuk form6, HUH'. It was kind of pressure to us you know.
Ia di atas tangan kita untuk tentukan masa depan kita sendiri kan?
Ia di atas tangan kita untuk tentukan masa depan kita sendiri kan?


0 Response to "Masa Tiba Ke Kemuncaknya."
Post a Comment