Mukabuku, Bukumuka? -_-

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog ni:)

Well,aku tulis entri nie pada 3.30 pagi sementara nak tunggu subuh, kalau tido ni, alamatnya tak sedar la nanti.
Hurmn, selepas aku behenti kerja hari tu, aku banyak habiskan masa dekat rumah dengan menanam anggur.
Bila entah nak berbuah, aku dah lama tunggu ni.

Soo, aku pun penuhkan masa aku dengan online internet 25 jam sehari, dan ajaibnya aku hidup lagi.
Hey hey, saya pun tolong mak ayah saya la, saya bukannya malas sangat okeyy.
Hump, sambung lagi....
Dari sini?, situ?, entah? aku memulakan kerjaya aku sebagai pelayar tegar facebook atau nama timangannya, mukabuku.

 okey, sumpah seram.. bukan mukabuku nie la, fail-fail

Satu je nak kata, facebook memang best, macam-macam benda ada, manusia memang ramai, binatang comfirm tak ada, lain la kalau main farmville.
Kekasih biar satu, kawan biar seribu kan, farmville aku tak main, aku memang suka berkawan dan suka kenal hati budi orang.

Dekat sini jugak kita boleh dapat maklumat dengan lebih pantas, dunia dah moden kan, dan dari sini lah jugak aku mula berblog, kalau tak, korang tak baca entri aku sekarang.
Makin lama aku makin addict kat facebook ni. sebab 'kau' aku kena marah.

nie ketagihan melampau, bukan aku ek, haha
Kalau dah online facebook, makan, tidur, mandi pun tak lepas lappy, Mark Zuckerberg nie main bomoh nie.(persepsi orang melayu)
Aku memang suka baca status kawan-kawan aku, ada yang buat aku gelak, ada gak yang buat aku annoy dan ada paksa aku buat poker face.

Tak tahan kalau status tulis macam budak darjah 3, padahal lagi tua dari aku, tapi biarlah, asal dia gembira dan aku pun gembira.
facebook memang banyak manfaat kalau kita guna dengan betul dan dosa/pahala senang je dapat melalui facebook.

Aku saje je tulis pasal facebook ni, promote tak berduit, dan, tak perlu aku cerita pun, 99.99% yang tengah baca entri aku ni dah ada akaun facebook kan, I know la, coz I'm the genius one.

Ouh, azan subuh dah berkumandang, aku tutup entri kali ni yea...
Okey, akhir kata dari aku, assalamualaikum dan salam sejahtera:)

0 Response to "Mukabuku, Bukumuka? -_-"