UiTM Form and Mothers Day.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hii alls, sorryyy sangat sangat sebab tak update entri baru blog ni, sepanjang bulan ni aku sibuk sikit sebab kena uruskan hal hal yang berkaitan dengan diploma aku tu. Isi borang macam nak cari jodoh je, macam macam nak, cerewet betul. HUH. Sebab fikirkan semua tu, waktu tidur aku dah tahap abnormal dah, aku tidur pun pukul 5 pagi, paling awal. *sebab online je sebenarnya.

Dalam borang tu memang banyak la yang dia minta, gambar la, signature la, fotostat itu ini la, macam macam. Tapi aku kena hadapi dengan tabah kerana ni masa depan aku dan impian mak ayah aku. Jadi nak tak nak kena la juga hadapi semua ni, even aku rasa macam nak ambil parang panjang jiran aku dan pergi tetak satu kampung. Tapi kena tangkap masuk lokap la. Dan aku tak berani.

Dalam facebook, ramai yang wish gud luck dekat aku, oh, terharunya rasa, Thanks guys. Sepanjang bulan ni memang banyak aku buat status yang agak mengarut, maybe sebab effect dari hal UiTM ni lah kot. Sorry guys korang kena baca status aku yang agak mengerut and nonsense tu. Aku malas nak mengadu dengan mak aku, dah banyak sangat aku mengadu masalah aku dekat dia. I dont want to burden her anymore.



Oh, sebelum aku lupa, ahad hari tu hari ibu kan? Korang dah wish dah dekat mak korang? Well, aku er.. err terlupa la nak wish dekat mak aku, sebab borang berbagai ni la. Aku pun baru perasan hari tu hari ibu sebab lagu hari ibu banyak dimainkan dekat tv and radio, dan masa nak wish tu mak aku dah tidur da. Tapi aku akan cuba tebus balik hari ibu ni ke hari lain, InsyaAllah.

Mungkin aku akan bawa mak aku makan dekat hotel 5 star, or beli kek 8 tingkat, or bawa mak aku pergi pelancong luar negara, or or or, apa apa je lah. Tapi tu hanya la cadangan dan mungkin aku jadikan realiti dalam 8 tahun lagi. Tapikan, Walaupun nampak macam mahal dan kena ada duit yang banyak, tapi semua tu tak akan langsaikan hutang kita dengan mak kita yang menjaga dari kita bayi lagi. Jadi tak apa kalau keluarkan sedikit wang untuk mak kita kan? kan?

Dan, SELAMAT HARI IBU UNTUK MAK MAK DI SELURUH DUNIA, YOU'RE AWESOME MOM, YOU  RAISE ME FROM A BABY TO A FAIR MAN WITHOUT ANY COMPLAIN. I'M SO GRATEFUL TO HAVE YOU IN MY LIFE. :')

Dan video ni khas buat mak mak semua. :')


0 Response to "UiTM Form and Mothers Day."