Why I Choose Diploma?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku tengah fikir masa depan, hensem kan?


Hi korang yang suka sangat tanya aku macam macam.

Dalam entri ni aku ada beritahu aku nak buat diploma kan. Well, banyak juga kawan aku tanya, 'ehh, asal kau masuk diploma Min?', 'Laa, cakap hari tu nak masuk form 6 kan?'. Mungkin diorang baca entri aku yang ni kot. Okey aku beri jawapan, memang aku nak masuk form 6 at first, sebab aku baca artikel dan dengar cerita sis-in-law aku yang mengajar form 6 sebelum UPU keluar.

Semangat aku untuk masuk form 6 memang kuat sebelum keputusan UPU keluar sebab kawan aku banyak sambung situ. Tapi lepas keluar keputusan UPU tu aku dapat tawaran dip dalam bla bla bla bla, korang baca balik entri sebelum ni. Aku berbincang dengan keluarga aku dan hampir semua brotha and sista aku, dan mereka lebih prefer aku untuk buat diploma.

Lama gila aku fikir dan lepas tu, aku buat keputusan muktamat yang aku akan sambung diploma. Biar apa pun orang kata, aku dah malas nak dengar semua tu sebab aku ada alasan aku sendiri untuk tak sambung form 6.

Antara alasan aku sendiri adalah:

  • aku dah malas nak gamble diri aku untuk masa depan.
  • aku dah malas nak belajar dengan pelajaran yang sangat cepat tu.
  • aku dah malas nak tengok mak ayah aku kecewa dengan aku lagi.

Aku dah malas nak gamble diri aku untuk masa depan.

Dah lama aku baca artikel tentang pembelajaran A-lavel ni, dari sebelum aku SPM lagi. Dan aku ada baca yang pelajar STPM akan compete dengan pelajar MATRIKS untuk masuk ke universiti, biasanya pelajar STPM akan di-stream-kan dulu untuk masuk ke universiti sebelum pelajar MATRIKS. First impression aku, 'wow, pelajar STPM akan di-stream dulu, best jugak'

Tapi aku tak minat dengan satu ayat ni 'pelajar STPM akan compete dengan pelajar MATRIKS untuk masuk ke universiti'. Adoi, saingan lagi. Dulu kena bersaing dengan pelajar akaun dan teknik untuk masuk MATRIKS. Bagi aku, ia macam satu perjudian, YA, PERJUDIAN. Perjudian untuk masuk ke MATRIKS, atas pagar antara dapat dan tak dapat. Sama lah macam ayat bergaris dekat atas tu, kena berjudi untuk masuk ke universiti, tak ke naya kalau result down nanti, mana boleh nak masuk U dah.


Aku dah malas nak belajar dengan pelajaran yang sangat cepat tu.

Dulu masa form 4 dan form 5, aku ambil course SCIENCE STREAM dekat sekolah, lagi-lagi masuk kelas pertama, tau lah kan kelas pertama macam mana, kelas bijak. Jadi sillibus pembelajaran pun laju dan cepat berbanding kelas lain. Ehh, aku ada mention la aku budak genius tapi penyakit malas aku kronik, tu pasal aku duduk dalam kelas pertama. *bangga sekejap

Memang tekanan sebab belajar kena cepat, padat lagi, lepas tu kena cover lagi subject sains macam fizik, kimia dan biologi. 1 informasi tentang FORM 6, ia sama je macam diploma yang 3 tahun tu, tapi di-COMPACT-kan menjadi one and a half year. It means, kita belajar dengan lebih laju lagi. Oh ohhh, lagi lagi kalau dapat form 6 sains. *mommy.




Aku dah malas nak tengok mak ayah aku kecewa dengan aku lagi.

Okey, bab yang ni memang terasa sikit, even aku pun nak nangis. Hey, no way aku nak menangis key, Im a cool man. *Ego lelaki. Aku ada mention yang aku ambil science stream kan, dan keputusan SPM aku pun boleh la tahan, 2A2B4C1D. Dan aku dapat tau yang aku susah sikit nak masuk MATRIKS sebab keputusan kimia aku D. Sedangkan, mak ayah aku nak sangat aku masuk ke matrik. Diorang tau dan cakap dekat aku " Its okey Armin, there are plenty more ways to enter University" sambil senyum dan beri aku semangat. Walaupun muka diorang macam biasa tapi aku boleh nampak kekecewaan dalam hati diorang tu.

Pernah satu hari tu aku tak keluar bilik pun sebab aku tak mampu nak pandang muka mak ayah aku sebab rasa bersalah sangat dengan diorang. Dan aku dah berazam aku tak nak tengok muka diorang yang kecewa tu lagi sekali, aku nak mak ayah tengok aku berjaya terima segulung sijil dekat U nanti seperti anak-anak mak ayah aku yang lain. Aku nak tengok muka diorang yang menangis sebab bangga dengan aku, bukannya menangis kecewa.

Parents, they'll do the best for their son/daughter.


Okey, itu antara alasan aku yang aku rasa kukuh la untuk tolak tawaran FORM 6, aku bukan mentah mentah je tolak tau, semua sel neuron dalam otak aku dah nak aktif dah sebab memikir kan dua benda ni, lagi tambah honey, fruitheart, skandal dan para gadis ni. OHHHH, KENAPA AVERANGE LELAKI DAN PEREMPUAN BER-RATIO-KAN 1:5??? Naya lelaki sorang kena ambil 5 orang perempuan.

Hurmn, kenapa lepas kat ratio pulak ni, hadoiii. Okey, kepada batch SPM 2011, korang pilih la apa yang terbaik untuk korang, sebab rezeki dah lama tuhan tentukan, dan Dia buat apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

0 Response to "Why I Choose Diploma?"