The Lovely Days.. Or Not -_-

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Ada satu hari, aku tengah surf internet untuk cari apa apa yang best untuk masukkan dalam blog aku ni. Memang bersemangat aku nak cari dan suddenly handphone aku berbunyi, sekali mesej la dan aku rasa malass sangat nak tengok or reply mesej tu balik.

Buka phone dan tengok nama yang tertera 'my bucuk Najwa'. Oh god, kenapa kau mesej time aku tengah sibuk ni. Aku pun buka mesej tu dan ia berbunyi bergini.

Hai sayang, kamu buat apa tu?

Aduh, aku tengah sibuk ni, yang dia tiba tiba mesej aku kenapa? aku pun jawap balik.
Hai babe, tengah surf internet ni ha, bosan la.

Najwa reply.
Ohh, ye ke, best la awak, free je memanjang, kita ni kena shooting lagu lagi, belajar lagi, adui.

Aku.
Haha, dah sape suruh jadi penyanyi sangat, dah la baru form 5.

Dia.
Hishh, biar la, tau la dia tu dah habis sekolah. Kalau dia tu nak tolong tak apa la jugak.

Aku.
Haha, gurau je la, macam mana exam mid term baru baru ni, mesti senang kan?

Dia.
Hmmp, 'senang' sangat sangat, nak menangis rasa jawap hari tu. Lagi lagi sejarah tu.

Aku.
Haalah, sejarah senang je la, boleh je dapat A hari tu.

Dia.
Tu dia la, ni saya tau, saya.. hurmn.

Aku.
Hahahaha, ngajuk pulak dia ni, saje je lah.. Suka sangat ngajuk, tak pujuk karang.

Dia.
Biar la, hish, orang nak mesej dengan dia sebab rindu, dia buat orang makin benci ada lah.

Aku.
Ololololo, alaa, gurau je la, dia ni, nak gurau sikit pun tak boleh.

Dia.
Hmmmp, gurau la sampai lebam.

Aku.
Alaaa, sorry la, bukan selalu dapat mesej dengan awak. Selalu sibuk je.

Dia.
Umm. ye la.. Eh, okey la, saya nak pergi kelas kejap.

Aku.
Ohh, okey, take care of your self key. :)

Dia.
Okey, thanks :) tapi kan, kalau saya dengar awak flirt flirt dengan perempuan lain, siapp awak.

Aku.
Err, mana ada laa, awak sorang je la di hati saya.

Dia.
Okey. :D

Aku.
Hurmn...


Omaigod, dia macam boleh tau je, aku harap dia takkan tau. Kalau tak, perang dunia ke 3 akan berlaku. Dan aku harap dia and my other honey tak akan jumpa blog ni. Dan lagi sekali, Usaha pencarian untuk diisi dalam blog aku tergendala. -_-"

Little Stories 'bout Me

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hellow para gadis-gadis dan laki-laki yang suh-witt dan good looking sekalian. Anda semua sihatkah? Kalau tak sihat, who cares, just go to clinic or hospital or pharmacy to buy your medicine and whuss, you will get better, also plus with a little effort.

Well, dalam entri kali ni aku hanya nak membuat intro pasal diriku yang agak tak menarik ni, atas permintaan berberapa pihak yang nak sangat aku cerita pasal diri aku ni, entah apa yang menarik sangat pasal aku ni pun aku tak tau, tapi bila aku fikir fikir mungkin ini dapat mengeratkan hubungan aku dengan para pembaca dan para blogger, sebab relation-plus-ship amat penting bagi setiap blog dan akan panjangkan jangka hayat sesebuah blog tu, lagi lagi blog yang baru nak up macam blog aku ni.

Oh ohh, its me! its meee!

Hadoi, terpanjang la pula, tak apa la. Okey, mula dengan nama aku, err, nama aku tak la best sangat macam nama korang, jadi korang panggil la aku Armin or Syazmien, even kawan aku sendiri tak ingat sangat nama sebenar aku, *sedih gila.  Gambar profile aku memang kosong sebab muka aku terlalu la kacak. Okey, tak kacak tapi, boleh la, aku tak letak gambar aku sebab first impression pembaca memang terletak dekat muka si penulis blog, kalau tak kenapa perempuan yang super-hot-damn-cute tu boleh dapat sambutan ramai kan?

Pasal umur aku, korang boleh agak kalau korang baca entri aku yang lepas lepas ni. Oh, lagi satu, first impression pembaca juga terletak pada umur si penulis blog tu. So, aku tak letak umur aku secara sebarangan la, mungkin aku dah berumur 20 or 15 tahun. Aku juga dicintai oleh Ariel Tatum, Najwa Latif, dan banyak lagi, tak perlu la korang nak tau banyak banyak. hoho.

Aku terjerumus dalam kancah berblog adalah secara tak sengaja kerana sifat ingin tahu dan sifat mudah bosan, dan juga sebab aku baca blog kawan aku yang semestinya ada blog. kalau korang tengok blog archieve aku, usia blog ni hanya 2 bulan, so I'm still a newbies in this blogging world and I still have to learn more thing 'bout this.

Kriteria blog yang aku suka adalah blog yang selalu meng-update entri, blog yang simple dan tak banyak sangat 'barang hiasan' yang aku rasa tak perlu, blog awek yang perasan kiut, blog yang sarkastik tapi banyak info, blog yang tak guna 100% fully warna pink, blog orang yang feymes sangat. Aku hanya bloggers kampung yang agak berlagak bandar.

Hellow cutey little girl. ;)

Ops, stop stop stopp, haish, nasib baik aku tak bongkarkan lagi pasal diri aku, kalau tak, 'I can't see the future anymore', macam aku cakap, impression pembaca terletak pada penulis sesebuah blog tu, kalau aku bongkar lagi, mesti hayat blog aku ni tak tahan lama. Aku tak faham kenapa populariti blog tu based on face but not the quality or the blog tidyness, padahal penuh dengan info dan lebih menarik daripada tengok muka tuan blog yang perasan kiut tu.

Okey, ni saja perihal pasal aku yang aku mampu bongkarkan, semuanya sebab impression pembaca terhadap si penulis blog, *berapa kali ulang entah. Just cerita pasal si penulis blog 'The Ohsem Stories' kerana orang minta, kalau tak memang tak tulis langsung. 'Key, chiaww.

Before And After UiTM Form Complete.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Eh, hai korang yang kiut-kiut dan macho-macho terutamanya kau, kau kau dan kau dekat depan lappy netbook or what evaa yang korang guna untuk baca blog aku. First of all yang aku nak 'kata' dekat korang, aku mintak maaffff banyak banyak sebab lama tak update blog ni dan aku rasa kali ni yang paling lama aku tak update, lebih 5 hari rasanya. Tak apa, bulan ni je, bulan lain aku buat banyak lagi update. *kalau tak busy la.

Seperti yang aku kata dalam entri entri sebelum ni, bulan 5 ni aku sibuk sikit sebab aku kena siapkan form UiTM aku tu, ni je apa yang aku mampu jawap sebab memang betul aku kena siapkan form tu, dan ada kawan aku tanya, 'Ehh, kau nak siapkan form kau, tapi setiap kali aku online muka kau ada je' ohhh, yang ni jawapan terbaik yang boleh aku beri, "no komen", sebab aku pun tak tau kenapa aku sibuk sedangkan aku boleh online facebook kan. *teen spirits.

Oh, bila fikir pasal form UiTM ni, aku rasa macam urgh, urghhh, it make me sick to say it, urghhhh. Aku rasa form ni yang paling cerewet, menyusahkan dan ect. dalam pengalaman aku selama ni. Sebab borang yang aku isi dulu tak ada la macam ni, macam nak masuk U je, padahal nak buat diploma je pun dekat UiTM, err UiTM tu U la kan? nvm, nvm.

Ada hari-hari dalam bulan ni, aku memang sibukkk sangat pasal nak penuhkan permintaan form ni, antaranya kena buat medical check up dekat hospital, kena fotostat semua benda alah, kena ambil gambar berukuran pasport, kena itu ini, itu ini, dan itu ini. Oh ohh, aku siapkan semua tu dalam masa 1 hari, boleh korang bayangkan macam mana keadaan otak aku masa tu? Sekali lagi, aku jadi orang genius yang boleh kalahkan budak Adi Putra tu.

Lepas tu pergi bandar Temerloh, beli barang kelengkapan untuk sambung belajar like seluar slack, tukar kanta spectacles lagi, beli kasut kulit jenama louis lagi, jenama LOUIS key, yang harga 299.90 hinggit, tapi harga diskaun la, kalau tak tengok je kot. Balik rumah  jiwa tenang dan damai, even aku tengok rumah aku macam heaven dekat dunia je, dan buat kali pertamanya, aku rasa tilam aku tersangat la lembut, sebab sebelum ni keras je.

Berberapa hari lepas pergi bandar hari tu, pergi bandar Kuantan pulak sebab nak ambil duit yang Yayasan Pahang hutang dekat aku. 500 hinggit tuu, bukan sikit. dengan duit hutang tu aku pergi beli baju kemeja, tali pinggang baru dan ahh, macam macam la.. banyak sangat aku beli dan habis 200 hinggit. Dan hajat nak beli phone baru tak kesampaian, sekali lagi. Tak apa la, nanti Ariel pun nak bagi I-Pad dekat aku nanti. Balik je rumah, aku tengok rumah aku bercahaya, tak tau la kenapa.

Keesokkan harinya, aku pergi Bandar Jengka, untuk buka akaun BIMB untuk langsaikan yuran UiTM tu dan beli baju kemeja lagi... Dan akhirnya, LENGKAP SUDA FORM UITM AKU, OH HEAVENNYA RASA. Aku rasa macam hari hari aku kembali seperti biasa seperti orang yang normal. Macam merpati yang terbang bebas, kecuali yang ada dalam sangkar tu.



Yeah, form UiTM aku dah lengkap, just tunggu hari pendaftaran tu je nanti, dan aku boleh kembali menulis blog aku yang tersayang ni tanpa perlu memikirkan masalah dunia yang membuatkan aku erghh, urghh, umpp tu, aku harap masalah tu dah tak datang dah. God, please dont let me through that times again, I begging to you.

Oh btw, aku dengan tak sengaja tersuka dengan lagu Colbie Caillat ni, I Do. Aku tau yang lagu ni dah lama keluar tapi aku baru dengar, jangan la kata aku out of date pula. Aku suka sangat sangat part dia geleng kepala, nampak gedikkk sangat. So enjoy.


Bidadari by Sayap

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dalam entri kali ni aku saje je post antara lagu yang aku suka, buat masa ni, lagu ni best juga dan ada nilai penghayatan yang besar(?)

Lagu ni basedly pasal lelaki yang aku rasa jenis forever alone dan mengharapkan wanita or girl yang dipujanya jatuh cinta dekat dia. Dan dia hanya mampu pandang dari jauh so far far away. Maybe, she is to perfect for him, or his shyness were too cronic. haha

Tapi aku dengar dari kawan aku, vokalis lagu ni nyanyikan lagu ni kepada isteri dia yang dah meninggal. Kesahihan dia aku tak tahu betul ke tak. Oh, kesiannya.

Jadi, korang enjoy la ek. :)




Bidadari...pulang kau ke bumi
Sapalah aku yang sedang sendiri
Bidadari... dekaplah mimpiku
Berikan segala harum mewangi...

Bidadari...turunlah kau ke bumi
Sapalah aku yang sedang sendiri
Bidadari...berikan ku sentuhan
Warna warni yang terindah...

Hingga sampai di suatu saat
Kau kan menjadi milik ku
Hingga sampai di suatu saat
Kau kan menjadi milikku


Bidadari...turunlah kau ke bumi
Sapalah aku yang sedang sendiri
Bidadari... dekaplah mimpiku
Berikan segala harum mewangi...

Hingga sampai di suatu saat
Kau kan menjadi milik ku
Hingga sampai di suatu saat
Kau kan menjadi milik ku...

Selamanya...( Selamanya..selamanya...selamanya...)
Selamanyaaaa...( Selamanya..selamanya...selamanya...)
Selamanya...( Selamanya..selamanya...selamanya...)
Selamanyaaaaa...( Selamanya..selamanya...selamanya...)
Selamanya...( Selamanya..selamanya...selamanya...)
Selamanyaaaaaa...( Selamanya..selamanya...selamanya...)

UiTM Form and Mothers Day.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hii alls, sorryyy sangat sangat sebab tak update entri baru blog ni, sepanjang bulan ni aku sibuk sikit sebab kena uruskan hal hal yang berkaitan dengan diploma aku tu. Isi borang macam nak cari jodoh je, macam macam nak, cerewet betul. HUH. Sebab fikirkan semua tu, waktu tidur aku dah tahap abnormal dah, aku tidur pun pukul 5 pagi, paling awal. *sebab online je sebenarnya.

Dalam borang tu memang banyak la yang dia minta, gambar la, signature la, fotostat itu ini la, macam macam. Tapi aku kena hadapi dengan tabah kerana ni masa depan aku dan impian mak ayah aku. Jadi nak tak nak kena la juga hadapi semua ni, even aku rasa macam nak ambil parang panjang jiran aku dan pergi tetak satu kampung. Tapi kena tangkap masuk lokap la. Dan aku tak berani.

Dalam facebook, ramai yang wish gud luck dekat aku, oh, terharunya rasa, Thanks guys. Sepanjang bulan ni memang banyak aku buat status yang agak mengarut, maybe sebab effect dari hal UiTM ni lah kot. Sorry guys korang kena baca status aku yang agak mengerut and nonsense tu. Aku malas nak mengadu dengan mak aku, dah banyak sangat aku mengadu masalah aku dekat dia. I dont want to burden her anymore.



Oh, sebelum aku lupa, ahad hari tu hari ibu kan? Korang dah wish dah dekat mak korang? Well, aku er.. err terlupa la nak wish dekat mak aku, sebab borang berbagai ni la. Aku pun baru perasan hari tu hari ibu sebab lagu hari ibu banyak dimainkan dekat tv and radio, dan masa nak wish tu mak aku dah tidur da. Tapi aku akan cuba tebus balik hari ibu ni ke hari lain, InsyaAllah.

Mungkin aku akan bawa mak aku makan dekat hotel 5 star, or beli kek 8 tingkat, or bawa mak aku pergi pelancong luar negara, or or or, apa apa je lah. Tapi tu hanya la cadangan dan mungkin aku jadikan realiti dalam 8 tahun lagi. Tapikan, Walaupun nampak macam mahal dan kena ada duit yang banyak, tapi semua tu tak akan langsaikan hutang kita dengan mak kita yang menjaga dari kita bayi lagi. Jadi tak apa kalau keluarkan sedikit wang untuk mak kita kan? kan?

Dan, SELAMAT HARI IBU UNTUK MAK MAK DI SELURUH DUNIA, YOU'RE AWESOME MOM, YOU  RAISE ME FROM A BABY TO A FAIR MAN WITHOUT ANY COMPLAIN. I'M SO GRATEFUL TO HAVE YOU IN MY LIFE. :')

Dan video ni khas buat mak mak semua. :')


Memang Tak Adil La.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



hello para Aaron Aziz dan (my) Ariel Tatum sekalian. Anda semua sihat kah?

Cute tak orang dalam gambar tu, mesti cute kan. Memang sesuai la kalau jadi my honey or fruitheart yang ke 6, or 7, oh god, aku dah lupa. Eh, bila cakap pasal awek cute ni kan, aku ada satu peritiwa yang aku tak boleh lupa sampai la sekarang.

Dulu aku selalu buat blog walking dekat blog orang lain. Untuk meninggalkan jejak, harap orang tu lawat aku balik. Untuk melawat-lawat blog orang lain untuk meng-improve-kan lagi blog aku. Untuk mendapatkan info yang sesuai untuk buat entri baru.

Well, hampir semua blog yang aku lawat adalah milik gadis yang gedik comel. Blog lelaki aku tak melawat sangat sebab un... err... urmn. Ouh hey, what a nice weather we had today, makan butterscotch sedap juga kan?

gambar awek gedik cute


Aku lawat lawat, terjumpa la satu blog si gadis ni. Not bad, kiut la juga tapi tak la sekiut Ariel Tatum aku tu. Walaupun guna blog skin warna pink tapi its okey la sebab muka dia cute. Macam mana aku tau yang muka dia kiut? sebab blog dia penuh dengan gambar gedik dia, dekat entri la, dekat sidebar la, even header pun gambar gedik dia.

Broadband aku terlebih usage hari tu dan kelajuan maksimanya sepantas kura kura merangkak. Blog dia pulak penuh dengan gambar gedik, jadi lambat la nak fully load. Nasib baik la muka comel kalau tak dah lama aku tekan pangkah dekat tabs aku.

Blog dia biasa je, tapi penuh gambar dan agak beruntung la kalau dapat jumpa huruf dan perkataan sebab dia tak banyak menulis. Aku baru tau kenapa dia tak banyak menulis, rupanya dia ni kecil lagi sebab penulisan dia sebijik macam budak tadika baru belajar menulis. Aku pun baca la dan aku tergelak, sampai kena tegur dengan my mom, sebab masa tu tengah malam.

Lepas tu, aku skroll up lagi untuk tengok follower dan viewer 'budak kecik' ni sambil gelak. Gelak aku terhenti bila tengok  follower dan viewer dia. Guess what, follower dia 50 kali ganda dari aku punya, viewer dia pulak macam viewer aku dalam 2 3 bulan lagi.

"WTF!!!! WHY THE HELL SHE MORE THAN ME? HER BLOG ARCHIEVE JUST 4 OR 5 POST, EVEN MY BLOG WERE MORE BETTER THAN THIS!!!" jerit aku dalam hati, kalau jerit guna mulut nanti kena halau tidur luar.

Ni aku masa form 5

Diskriminasi, kenapa blog awek yang gedik comel akan dapat sambutan, its just to unfair. Aku punya la puas nak fikir satu entri, dia senang je bubuh gambar dia dan WHUSSSS, so plenty of follower and viewer in a day. Mungkin lepas ni aku kena letak gambar aku baru la boleh tarik banyak viewer and follower, mana la tau kan.

Hurmn, mungkin aku kena jadi Azwan Ali lepas ni. Ehh silap ya, Azwana Aliah? ooo, ya ya ya, mungkin jadi sotong sikit, pakai make up, lilit selendang atas kepala dan buat self shot, masuk blog. Banyak lew Follower I nanti kannn.

Why I Choose Diploma?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku tengah fikir masa depan, hensem kan?


Hi korang yang suka sangat tanya aku macam macam.

Dalam entri ni aku ada beritahu aku nak buat diploma kan. Well, banyak juga kawan aku tanya, 'ehh, asal kau masuk diploma Min?', 'Laa, cakap hari tu nak masuk form 6 kan?'. Mungkin diorang baca entri aku yang ni kot. Okey aku beri jawapan, memang aku nak masuk form 6 at first, sebab aku baca artikel dan dengar cerita sis-in-law aku yang mengajar form 6 sebelum UPU keluar.

Semangat aku untuk masuk form 6 memang kuat sebelum keputusan UPU keluar sebab kawan aku banyak sambung situ. Tapi lepas keluar keputusan UPU tu aku dapat tawaran dip dalam bla bla bla bla, korang baca balik entri sebelum ni. Aku berbincang dengan keluarga aku dan hampir semua brotha and sista aku, dan mereka lebih prefer aku untuk buat diploma.

Lama gila aku fikir dan lepas tu, aku buat keputusan muktamat yang aku akan sambung diploma. Biar apa pun orang kata, aku dah malas nak dengar semua tu sebab aku ada alasan aku sendiri untuk tak sambung form 6.

Antara alasan aku sendiri adalah:

  • aku dah malas nak gamble diri aku untuk masa depan.
  • aku dah malas nak belajar dengan pelajaran yang sangat cepat tu.
  • aku dah malas nak tengok mak ayah aku kecewa dengan aku lagi.

Aku dah malas nak gamble diri aku untuk masa depan.

Dah lama aku baca artikel tentang pembelajaran A-lavel ni, dari sebelum aku SPM lagi. Dan aku ada baca yang pelajar STPM akan compete dengan pelajar MATRIKS untuk masuk ke universiti, biasanya pelajar STPM akan di-stream-kan dulu untuk masuk ke universiti sebelum pelajar MATRIKS. First impression aku, 'wow, pelajar STPM akan di-stream dulu, best jugak'

Tapi aku tak minat dengan satu ayat ni 'pelajar STPM akan compete dengan pelajar MATRIKS untuk masuk ke universiti'. Adoi, saingan lagi. Dulu kena bersaing dengan pelajar akaun dan teknik untuk masuk MATRIKS. Bagi aku, ia macam satu perjudian, YA, PERJUDIAN. Perjudian untuk masuk ke MATRIKS, atas pagar antara dapat dan tak dapat. Sama lah macam ayat bergaris dekat atas tu, kena berjudi untuk masuk ke universiti, tak ke naya kalau result down nanti, mana boleh nak masuk U dah.


Aku dah malas nak belajar dengan pelajaran yang sangat cepat tu.

Dulu masa form 4 dan form 5, aku ambil course SCIENCE STREAM dekat sekolah, lagi-lagi masuk kelas pertama, tau lah kan kelas pertama macam mana, kelas bijak. Jadi sillibus pembelajaran pun laju dan cepat berbanding kelas lain. Ehh, aku ada mention la aku budak genius tapi penyakit malas aku kronik, tu pasal aku duduk dalam kelas pertama. *bangga sekejap

Memang tekanan sebab belajar kena cepat, padat lagi, lepas tu kena cover lagi subject sains macam fizik, kimia dan biologi. 1 informasi tentang FORM 6, ia sama je macam diploma yang 3 tahun tu, tapi di-COMPACT-kan menjadi one and a half year. It means, kita belajar dengan lebih laju lagi. Oh ohhh, lagi lagi kalau dapat form 6 sains. *mommy.




Aku dah malas nak tengok mak ayah aku kecewa dengan aku lagi.

Okey, bab yang ni memang terasa sikit, even aku pun nak nangis. Hey, no way aku nak menangis key, Im a cool man. *Ego lelaki. Aku ada mention yang aku ambil science stream kan, dan keputusan SPM aku pun boleh la tahan, 2A2B4C1D. Dan aku dapat tau yang aku susah sikit nak masuk MATRIKS sebab keputusan kimia aku D. Sedangkan, mak ayah aku nak sangat aku masuk ke matrik. Diorang tau dan cakap dekat aku " Its okey Armin, there are plenty more ways to enter University" sambil senyum dan beri aku semangat. Walaupun muka diorang macam biasa tapi aku boleh nampak kekecewaan dalam hati diorang tu.

Pernah satu hari tu aku tak keluar bilik pun sebab aku tak mampu nak pandang muka mak ayah aku sebab rasa bersalah sangat dengan diorang. Dan aku dah berazam aku tak nak tengok muka diorang yang kecewa tu lagi sekali, aku nak mak ayah tengok aku berjaya terima segulung sijil dekat U nanti seperti anak-anak mak ayah aku yang lain. Aku nak tengok muka diorang yang menangis sebab bangga dengan aku, bukannya menangis kecewa.

Parents, they'll do the best for their son/daughter.


Okey, itu antara alasan aku yang aku rasa kukuh la untuk tolak tawaran FORM 6, aku bukan mentah mentah je tolak tau, semua sel neuron dalam otak aku dah nak aktif dah sebab memikir kan dua benda ni, lagi tambah honey, fruitheart, skandal dan para gadis ni. OHHHH, KENAPA AVERANGE LELAKI DAN PEREMPUAN BER-RATIO-KAN 1:5??? Naya lelaki sorang kena ambil 5 orang perempuan.

Hurmn, kenapa lepas kat ratio pulak ni, hadoiii. Okey, kepada batch SPM 2011, korang pilih la apa yang terbaik untuk korang, sebab rezeki dah lama tuhan tentukan, dan Dia buat apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Diploma vs Form 6!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hellow guys and girls yang akan sambung belajar nanti. What's up?

Berberapa hari sebelum keputusan upu keluar, aku dah mula gelabah berbagai, sebab aku kena fikir haluan masa depan aku nanti. Macam-macam la benda yang aku fikir, pasal belajar la, blog la, awek yang manja selalu minta perhatian la, honey-honey aku la, lukis la dan apa-apa je la.

Madu aku yang baru, Ariel Tatum, suka sangat merengek-rengek dengan aku sebab tak layan dia, alaa, nanti semua selesai, awak merengek la puas-puas ek, sorry sesangat. Si Najwa Latif pula asyik call dan mengadu yang sejarah susah, I juga kena ajar, aku kan pakar sejarah, A lagi SPM hari tu. What, tak tau? okey la, sekarang dah tau kan? *okey terasa sangat-sangat.

Tu baru dua, belum lagi honey-honey yang lain lagi tu. Penat tau nak jaga anak gadis orang ni, semua rengekan dan ngada-ngada diorang semua aku kena dengar. Susah-susah. Lagi pulak fikir pasal sambung belajar ni, 100 times more burden to me. Urghh, nak muntah rasa.

Life yang akan aku lalui tak lama lagi.


Well, masa hari selasa bertarikh 7/5 hari tu, keputusan UPU keluar dan berita baiknya aku layak untuk ambil diploma sains komputer dan aku terus inform dekat mak aku tepat pukul 1.38 tengah-hari-sejuk. Mak aku tanya "Well, Armin, kau nak sambung diploma ke, form 6. Mak tak kesah, keputusan kau, its up to you". Aku segera menjawab, dengan yakin "Armin rasa Armin akan pilih.. er.. errr pilih.." aku pun tak fikir masak-masak lagi masa tu. Spoil gila rasa.

jawapan sementara yang aku bagi dekat mak aku ialah "Mak, malam ni Armin akan berikan jawapan ya, mak jangan risau". Mak aku jawab, "Hey, esok nak daftar form 6 dah la, kau kena fikir cepat". Oh mak aku memang reti pandai tambahkan nervous aku, sejak aku kecil lagi.

Selama satu hari tu, otak aku ligat berfikir, dah lama otak aku calm je sebab tak fikir pasal pelajaran. Pastu tiba-tiba je aktif, trauma sekejap otak aku. Mula lah aku mencari alternatif lain macam solat istiqarah, berbincang dengan brotha dan sista aku. Dan kebanyakkan pendapat yang aku dapat, "well, Armin, Its up to you.. but my oponion, you should take the dip coz it more confortable and you dont have to compete like the STPs and Matrixs studd untuk masuk ke U"

Im not that yellow ball, yet.


Aku fikir dalam dalam dan aku dah buat keputusan, aku akan buat Diploma in Science Computer, at UiTM. Oh, terlepas beban aku sekarang, buat sementara la. Aku nak inform sikit, kalau otak manusia biasa hanya boleh guna 5% je kan? Tapi otak aku dah lebih dari 50% dah yang aktif, memang kalah la otak budak kecik Adi Putra tu, kata otak taraf kereta Ferrari konon, otak aku taraf kereta Bugatti Veyron la.

Okey, semua masalah dah selesai buat masa sekarang ni, jadi aku nak berehat dan nak fikirkan idea untuk blog aku seterusnya. So, Ariel Tatum, Najwa Latif dan semua honey aku, korang nak merengek ke, apa ke, buat la. Aku akan layan korang semua, love all my madu and FruitHeart. Korang ade ke? *troll face.

My Future err, Honey

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

My new Story


Hai korang, kenal tak siapa dalam gambar dekat atas ni. Well, dia la Ariel Tatum, singer/actor dari Indonesia. Comel kan. Well, semalam aku flirt-flirt dengan dia, memang sesuai jadi awek aku yang ke.. er errr, berapa ek.*kira dengan jari. Ohh tolak rihanna, she is my past, ariel tatum is my future.

Kenapa aku suka dengan orang yang ada nama ariel ni, banyak gila awek aku nama Ariel, Ariel Tatum la, Ariel Rebel la, dan Najwa 'Ariel' Latif.. la. Dan semestinya aku tak suka Ariel Peterpan, pffft.

Aku ada lagu yang My future nyanyi, feat dengan Ari Lasso, antara rival aku. Suara dia best sangat dan lagu tu ada kaitan dengan aku sikit. So, enjoy.


Aku tak suka selalu saja
Kau sebut-sebut namanya saat kita bicara
Aku tak ingin, tak ingin mendengarnya
Kau bawa-bawa namanya saat berdua denganku

Maafkan aku membuatmu tak suka
Karena aku tlah denganmu
Bukan maksudku membuatmu berfikir
Apakah aku pelarianmu saja

Tak akan lagi, takkan terulang lagi ooh
Membawa-bawa namanya saat berdua denganmu

Maafkan aku membuatmu tak suka
Karena aku tlah denganmu
Bukan maksudku membuatmu berfikir
Apakah aku pelarianmu saja

Maafkan aku bila kau tak suka
Maafkan aku membuatmu tak suka, aku tlah denganmu
Bukan maksudku bukan maksudku membuatmu berfikir
Apakah aku pelarianmu saja 

Aku harap madu-madu aku tak baca blog ni, kalau baca, ohh, Im a dead meat.

Ohh, Indahnya Ber-bloging

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hi all cute and handsome bloggers and viewer. *Err, tak pelik ke ayat ni? hurmn nvm. Anda sihat kah?

Omaigod omaigod!! look at the calendar, just about a month left till I continueing my study!! Ohh, cepatnya masa berlalu dan aku rasa macam baru semalam je aku baru start berblog, but no worries coz life must be go on, right?

Dalam seminggu ni kepala aku pening sangat sebab nak fikir pasal belajar dan entri-entri baru, idea entri dah ada tapi aku tak rancang lagi sebab aku nak fikir pasal belajar. Tapi kalau tinggal lama lama nanti hilang pulak main point dia, jadi aku perlu fikir untuk dua benda ni. Urghhh, nak munt*h je rasa, di-censor-kan atas menghormati ibu mengandung. *Tak bersabik

Tapi malam ni (masa aku tulis entri ni) aku rasa tenang  je atas sebab-sebab yang tertentu. Jadi aku ambil peluang ni untuk tulis entri. aku tulis ni pun secara santai dan relax je, malas nak masuk emo ke, gedik ke or.. or what evaa.

Selama aku sebulan lebih(maybe) aku menulis blog ni, Im never expect that my viewer were more than 600, ya, aku memang tak jangka langsung. Hey, is it a positive news? I hope so, dan aku akan ambil ni buat semangat aku untuk buat lebih banyak update, If god willing. Dan thanks to u all sebab sudi baca blog aku. *Ohh terharu.

to you allz..


Dan satu lagi, banyak orang cakap blog aku macam lebih kurang je dengan blog The Other Khairul tu. Ehh, kebetulan je kot, aku cari skin ni pun sebelum aku baca blog dia. Defienitely, aku tak pernah tiru or copycat dia. Err, sama sangat ke? Tak apa, nanti aku jumpa skin yang sesuai aku ubah la.

Aku harap blog ni akan dapat sambutan nanti walaupun saingan blog sekarang ni tersangat lah sengit sebab dah banyak sangat blog dan akan bertambah lagi banyak after this. Dan lepas ni mungkin aku akan buat blogwalking dan meninggalkan jejak aku dekat situ, dan korang tinggal la jejak korang dekat komen aku ataupun ruangan chat tu, aku akan melawat blog korang nanti.

Akhirulkalam dari aku, marilah kita.. err..errr marilah, okey aku dah speachless ni.*awkward.
Apa yang aku nak cakap is you all are the best, you peeps are rocks YEAH. Dan aku akan improve lagi cara penulisan aku, dan nasihat mr K dari TOKhairul, 'the quality most important from quantity' right?

pengumuman, pengumuman, sila baca.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hello cute and hot bloggers. Entri kali ni aku hanya nak bagi tau je.

Aku baru tambah ruangan chatbox dekat sidebar aku, korang boleh tinggalkan url blog, komen atau idea korang dekat situ. Dari situ aku boleh melawat-lawat blog korang semua dan kita boleh berkenalan kan?
Aku amat harapkan kerjasama korang.

okey, terima kasih. :)

All/Some About Blogs

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Dalam entri kali ni, aku saje nak masukkan link yang berkaitan pasal blog. Semua info ni aku jumpa/cari dekat blog yang memang aku selalu baca, The Other Khairul. memang sarat la dengan info yang menarik dan ilmu, btw, thanks la bro.

Aku rasa, blog dia sorang je yang hampir, ya, hampir habis aku baca. Blog lain pun aku ada baca jugak, tapi memang tak boleh la kalahkan dia. Cara penulisan dia memang superb la, ten-thumbs-up.

Well, aku pun baru lagi dalam berbloging ni, tak ada siapa pun yang nak ajar aku, sedih tau sedih. Tetapi entri dia yang mengubat hati duka aku ni, terukir la sedikit senyuman dekat bibir aku, haha.

Antara entri dia yang aku ambil untuk improve blog aku ialah:
Tips memilih URL blog

Tutorial membina blog yang menarik


Cara untuk dapatkan follower/viewer yang banyak

Cara membuat entri/post yang menarik
Kalau korang masih baru dalam dunia bloging ni, aku memang rekomen korang baca entri dia yang dekat atas tu, memang banyak info dan ilmu yang mungkin berguna.